tempat kegemaran yang jadi rebutan hati. at least untuk aku.

24 Aug

pernah tak aku bagitahu tempat kegemaran aku?

alah. tempat-tempat yang mana rasa macam best semacam saja bila ada dekat situ. kalau di belenggu masalah rumah tangga seharian, kau duduk saja dekat situ, hati kau rasa tenang sekejap. boleh kasi kepala akal kau berfungsi semula dengan penuh rasionaliti.

mungkin bukan tempat-tempat cantik yang mana kau selalu jumpa bila buat carian Google kot. macam dekat Spain, Sweden, England atau New Zealand. yalah takkan boleh senang-senang bila ada masalah nak pergi sana kan? melainkan kau ada long lost ancestor atau pakcik, makcik yang ada dinasti perniagaan besar tapi dah tak ada waris nak turunkan kekayaan tu, lain cerita.

tempat yang aku maksudkan, tempat-tempat yang kecil sedikit. yang boleh kau pergi anytime you want.

untuk aku, aku ada favourite spot aku sendiri. bila aku rasa macam kepala otak serabut memikirkan yang kepelbagaian, aku pun kalau mampu pergilah ke sana. tapi kebiasaannya, paling senang, middle of the night dalam gelap sahaja dah cukup untuk aku.

kalau dulu masa zaman hostel dekat MMU, malam-malam weekend memang terbaik. bila ramai orang balik.

sekarang dah bekerja dalam bilik aku ni sajalah. pukul 2-3 pagi balik dari kerja, baring atas tilam tenung siling. walaupun gelap tak nampak apa, tapi kepala otak aku berjalan.

konon-kononnya sessi muhasabah dirilah. tapi, bukan setakat muhasabah sahaja, habis semua perkara aku kasi hentam fikir. sampai ke masa depan.

alah, kau tahu..

kadang-kadang, bila kau lepak-lepak dengan member sedar-sedar kau dah terhanyut termenung jauh. tak ingat pun bila kau start termenung sebab tadi macam hangat saja berborak. kau tahu perasaan itu bukan? perasaan rasa macam kepala kau kosong tak perlu fikir soal kerja atau hati, bahu kau rasa ringan tanpa beban, jantung kau boleh dengan relax pam darah kasi hantar satu fizikal kau.

relax.

aku suka airport. sebab aku rasa macam aku ada dekat satu tempat yang dengan satu langkah saja aku boleh pergi mana saja aku nak. sebab tu the best part of traveling abroad bagi aku is the waiting in the airport.

banyak benda kau boleh belajar. seriously.

Share on Facebook

janji ku pada kau ?

20 Aug

bilamana ku perlu,
kekurangan sesuatu,
dia di situ, penyejuk jiwaku. - C’Tan

seriusly, bila sesuatu perkara atau seseorang itu dah tak ada dalam hidup kau, masa tu baru kau rasa betapa pentingnya mereka. kalau dulu kau tak kisah, kalau dulu kau anggap biasa, dan sekarang baru kau dapat rasa.

kau penting dalam hidup aku.

Share on Facebook

malaysia tanah airku. tanah tumpah darahku. tanah bercucuk tanam sayur ulam-ulaman.

18 Aug

sejak mula bekerja, aku jarang membaca surat khabar mainstream seperti Utusan, Berita Harian dan Star. kadang-kadang bila pergi isi minyak pagi-pagi sambil beli tin milo (masa belum Ramadhan-lah ya) dengan roti sardin Gardenia, aku angkutlah The Star. The Star kegemaran hati.

bila online, MalaysiaKini, HarakahDaily, StarOnline, BHarian aku bukalah sekali-sekala. tapi, itu pun jarang. tak macam dulu masa masih duduk dalam MMU. setiap malam buka dan baca. setiap malam weekend sanggup tunggu loading Youtube dekat anwaribrahimblog.

bukan apa. tak naklah jadi rakyat Malaysia poser. nationality saja Malaysian, Kelantan lancarkan dinar, dirham pun, huh apa tu?

tapi, sekarang ni satu isu gila haram macam aku baca pun, jadi kelam dunia sendiri. scary like hell man! hari tu, masa aku tengah berdiri tunggu giliran nak buat lesen, nampaklah bro depan aku tengah duduk baca Harian Metro. satu berita yang buatkan aku bermonolog dekat diri sendiri.

eh bukan semalam dengan kelmarin ada ke berita ni?

dan hari ni, bila aku buka StarOnline dan HarakahDaily, masih ada berita yang sama. nak kata watak yang sama, memang totally different story. tapi ada persamaan. macam drama Melayu. ada cerita pasal kehidupan pekerja dekat hotel, ada pasal tarian, ada pasal high-class maintenance tinggi orang-orang kaya banyak scandal, tapi in the end, mesti ada cinta 2, 3 segi, putus cinta. i love, you love me.

kau tahu kot pasal apa?

kalau dulu, kecoh dengan permasalahan rogol, cabul, hukuman berat sampai mati dekat pesalah rogol. sekarang dah advance. kalau dulu lelaki yang rakus, sekarang dua-dua rakus. sampai nanti bila dah terlahir bukti cinta sejati atas dunia, baru kelam kabut panik. buang sana sini macam tin minuman kosong. itulah kan. tanda kiamat. kalau dulu masa sekolah kita di ajar petanda-petanda kiamat salah satunya berleluasa zina dalam masyarakat, sampai dah tak malu sangat dah dan paling malu pun setakat menyorok belakang tembok saja. mungkinlah belum sampai tahap belakang tembok, tapi takkan nak tunggu sampai tu kot?!

adakah mereka-mereka tak sedar dengan apa yang mereka bakal buat? terlalu lena sangat dibuai ‘cinta abadi’ kot?

ke banyak sangat tengok cerita Hollywood?

scary.

Share on Facebook

Desa Anggerik.

15 Aug

setiap kali aku pulang balik kampung, aku merasakan aku berada dalam satu dunia yang berbeza. dunia yang mana aku akan rasa tenang sampai tahap yang tak boleh nak di deskripsikan. perfect world.

walaupun, kadang-kadang terasa bosan sebab tv hanya menggunakan aerial dari pasaraya Giant tanpa adanya Astro, atau tak dapat nak masuk online ke dunia maya sebab terlupa nak bawa Maxis Broadband, tapi itu semua tak berapa nak penting. mungkinlah cuma penting bilamana terdesak nak tahu result EPL yang berlangsung awal tadi. but most of the time, just being there is seriously good enough.

zaman aku kanak-kanak dulu, tak berapa nak banyak kenangan dekat kampung yang boleh aku cerita, tapi adalah juga beberapa yang menarik.

seriously, kampung aku ni dah banyak sangat perubahan yang berlaku. dulu keliling pinggang cuma ada ladang getah, jalan adalah bertar, tapi kecil setakat muat dua lane sahaja. setiap kali malam datang, bila nak tidur macam duduk dalam aircond. kena pakai seluar dan baju berlengan panjang. kalau hardcore sejuknya, sarunglah stokin.

sekarang, cuaca malam masih sejuk. sama macam sejuk dulu? aku tak ingat.

dulu, surau belakang rumah jadi tempat segala-galanya. dari solat jemaah 5 waktu, terawih sampailah ke solat sunat hari raya. kadang-kadang tu, kalau nak buat jamuan makan pun, bolehlah sekali harung dekat surau tu. masa tu kecil saja. muatlah nak masukkan satu taman Desa Anggerik ni. as time moves on, satu lagi taman terbina dekat belakang Desa Anggerik. surau tu pun berubahlah. extended versionlah sikit.

sekarang, dah ada tersergam indah satu masjid baru besar sebelah kampung aku ni. surau lama tu, aku pun tak pasti jadi apa. mungkin jadi balai rayalah kot. atau tempat nak buat majlis keramaian sekampung.

sejak arwah atuk dengan uwan dah tak ada, kampung aku ni setahun sekali sajalah berpenghuni. mungkinlah ada sekali dua dalam setahun singgah jenguk-jenguk. tengoklah keadaan.

setiap kali aku pulang sekarang, bilamana solat jemaah dekat masjid, mesti terjumpa dengan atuk-atuk atau uwan-uwan kawan atuk dengan uwan. sebagaimana aku tak lupa rupa mereka, mereka pun tak lupa muka aku. mungkinlah lupa nama. itu biasalah. jumpa setahun sekali. tahun ni jumpa muka jambu, setahun kemudian dah tinggi macam galah.

tak lama lagi adalah soalan, bila nak kahwin?

funny how things move so freakingly fast but still there are certain things that just remain the same. mungkinlah tak serupa sebagaimana 10-15 tahun lepas, tapi untuk aku perkara itu dah cukup nak buatkan aku ingat semula suasana 10-15 tahun lepas.

aku rasa, aku nak ambil cuti dan duduk dekat sini sebulan. seorang diri pun dah layan. nak abadikan semua benda dekat kampung aku ni masuk dalam buku. sebelum semua ni pergi untuk selamanya. semua benda tak kekal bukan?

projek menarik ni. betul tak?

Habis.

Share on Facebook

Cuci The Musical 2

10 Aug

sepanjang tempoh karier aku sebagai seorang manusia, belum pernah sekali pun aku menonton sebuah pementasan teater. dan, buat kali pertamanya aku berpeluang untuk bukan sahaja menonton malahan secara langsungnya terlibat dengan produksi teater ini.

dan tadi, tepat jam 2 pagi 10 Ogos 2010, tamatlah sudah Cuci The Musical 2 di Istana Budaya.

seriusly, satu lagi episod dalam hidup aku yang aku kira adalah satu pengalaman yang sangat berharga. memang banyak perkara yang aku belajar dan dapat. mungkinlah tidak sedetail mana, tapi secara gambaran kasarnya, aku faham yang produksi bukanlah satu perkara yang mudah tapi boleh jadi sangat menyeronokkan.

penat tapi seronok.

so, what’s next?

ikut kata bos aku masa borak-borak sambil makan tadi, katanya Muzikal Kampung Boy. production yang sama juga yang buat Cuci The Musical 2 ni. Tall Order Productions. kalau menjadi, seriusly aku looking forward to it.

oklah, aku nak berehat sebentar. puasa pun dah nak mula dah lusa ni. just about timelah kata orang. sibuk-sibuk mencari nafkah, habis-habis sahaja terus masuk bulan puasa. oo yeahh!

untuk gambar-gambar Cuci The Musical 2 ni, nanti-nantikanlah kehadirannya ya. macam ada berapa puluh ribulahkan keping gambar.

Habis.

Share on Facebook

Panggilan Langsir.

8 Aug

sneak peak on my latest longest ever photography job. more to come soon.

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook