CTT EP02
Malam itu cuaca agak dingin. Hujan yang turun sepetang tadi sedikit sebanyak membantu kepada kelainan cuaca malam itu. Sudah lama hujan tidak turun di kawasan ini. Kebanyakkan sawah yang ada, hampir kesemuanya sudah kering. Pesawah-pesawah sekitar kampung pun sudah putus asa untuk mengusahakan sawah mereka buat masa itu. Hanya beberapa sahaja yang masih kental untuk mengusahakan. Itupun kebanyakkan mereka yang sudah lama mengusahakan pertanian sawah. Nama mereka sudah besar dalam industri pertanian.
Kelihatan, di rumah kayu berkonsepkan rumah tradisional ala-ala Minangkabau bernombor 147 agak meriah. Meriah bermaksud, di kawasan halamannya sahaja ada 3 kereta berjenama besar. Sebuah kereta buatan Malaysia. Nak kata sekarang adalah musim perayaan, bulan Rejab pun belum masuk lagi.
“Astaghfirullahal’azim,” kata seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an.
“Biar betul mak?” sampuk pula seorang wanita di sebelahnya. Kelihatan manis bertudungkan selendang hijau menutup kepala.
“Betullah angah, alang. Ingat mak dengan ayah main-main ke?” jawap seorang wanita tua. Di sebelahnya, seorang lelaki yang dalam lingkungan usia serupa menghirup cawan kopi panasnya.
“Dahlah, angah alang. Kalau itu keputusan mak dengan ayah kita nak buat macamana. Adik kenapa diam sahaja?” kata wanita yang kelihatan seperti anak paling sulung.
“Adik setuju dengan Kak Long. Ini keputusan ayah dengan mak. Abang Kamal pun setuju sajakan,” kata Adik yang duduk paling jauh dari mereka.
“So, it’s an agreement then,” kata ayah. “Done deal.”
“Ayah ni dari tadi senyap saja sekarang baru nak bersuara. Macam dah tahu saja apa akan jadi. Tak guna juga kami argue,” kata Alang.
“Sebelum tu mak, apa nama budak tu?” tanya suami Adik.
“Siti Nur Aliya bt Abdullah.”
******
“Hafizzz. Bawa Aliya turun makan,” jerit nenek dari dapur.
Hafiz baru sahaja masuk lingkungan usia 5 tahun. Ibunya, Khairul Nurhafiza dan ayahnya Muhamad Kamal terpaksa meninggalkan anak sulung mereka bersama nenek dan atuknya kerana terpaksa ke United Kingdom untuk menyelesaikan urusan mereka. Dah hampir 3 bulan Hafiz bersama nenek dan atuknya. Cucu angkat atuk dan nenek, Aliya menjadi rakan sepermainan mereka bersama.
“Ya Allah Hafizz oi. Mana kau ni. Bawa Aliya turun makanlah,” nenek memanggil lagi. Hilang tahap kesabaran, nenek naik ke atas. “Astaghfirullahal’azim. Apa jadi dengan kau ni Aliya. Mana abang kau? Bertuah punya budak,” nenek membuka ikatan Aliya yang terikat pada kerusi plastik.
“Tadi abang main-main ikat. Kata bagi gula-gula. Abang keluar,” kata Aliya pelat.
“Bertuah punya budak. Dah jom makan dulu Aliya. Biarkan abang kau tu.”
Aliya lalu ikut neneknya ke dapur.
******
“Hafiz. Bangun jom. Kita solat zuhur dulu. Lepas tu makan sekali,” aku terdengar nama aku di panggil. Terbuka mata lalu terlihat atuk berpakaian kemas berkain pelikat bersedia untuk solat. Terlelap rupanya aku dekat pondok ni. Nyaman sangat. Memang bertuahlah kan siapa yang baring dekat sini. Aku lihat sekeliling. Aliya dah tak ada sebelah aku. Mungkin atuk kejut dia dulu tadi, Aliya dah ke dapur agaknya. Aku melihat jam. Eh, sudah 2.45PM. lambat pula atuk pulang dari kebun hari ini. Adalah kerja dia tu dekat sana.
Aku bangun lalu terus ke tandas dan mengambil wudhuk. Atuk sudah menunggu di ruang tamu di atas. Kami berjemaah bersama.
Hari ini nenek masak ikan semilang panggang. Ini memang kegemaran aku dengan abah. Setiap kali hari raya balik kampung, mesti mengharap nenek masak lauk ni dengan sambal kicap. Memang terbaiklah nenek masak. Kalau nak harap dekat rumah, mak yang masak. Alamatlah ya. Memang ikan tu tiba-tiba boleh rasa itik bakar pula jadinya. Aliya pun suka lauk ni.
“Sedap lauk nenek hari ni,” kata aku. Nenek pandang tepat ke arah aku. Kalau nasi penuh dalam mulut, memang nenek jenis yang pantang sikit. Memang nak kena hantuklah jawapnya.
“Apa pula nenek yang masak. Ni lauk Aliya ni,” kata atuk.
Aliya tersipu malu. Terus saja melahap makanannya. Aku melihat ke arahnya dengan pandangan sinis, “Betul ke ni? Patutlah macam ada rasa hangit-hangit.”
“Ahh kau. Sengaja nak cari pasallah kan. Aku baling tulang ayam ni nanti, baru tahu.”
“Aliya. Jaga sikit perangai tu. Awak tu perempuan,” kata nenek.
“Dengar tu Aliya. Awak tu perempuan.”
“Hafiz. Tengah makan jangan cakap. Nak kena sepuk dengan nenek ke?” aku terdiam.
Sepanjang 2 bulan aku di sini, memang itu sajalah kerja aku dengan Aliya. Tapi selalunya, akulah yang akan memulakan. Entah kenapa, jiwa aku sentiasa tergerak untuk membuli adik aku yang tiada pertalian darah ini. Nak kata aku tak ada adik, ada 3 bawah aku. Bawah aku, Hana baru selesai SPM. mak dengan abah hantar dia masuk apa entah nama badan sukarelawan tu. Sekarang ada dekat Indonesia. Yang ke-3 baru masuk sekolah menengah dan yang paling kecil, baru 4 tahun. mungkin sebab Aliya mangsa keutamaan aku.
“Pinggan tu basuh sendiri,” kata Aliya dengan nada geram.
malam itu seperti biasa, aku dan atuk ke surau. malam ni kami pulang lewat sedikt dari biasa. ada ceramah agama lepas maghrib tadi. atuk ni memang jenis orang yang kuat pergi surau. dan disebabkan aku seorang saja lelaki selepas atuk dalam rumah itu, aku pun ikut sekalilah. atuk selalu pesan, orang lelaki ni kena kuat agama. kalau tak betul-betul dalam pun ilmu tu, kasi tahu asas-asas pun dah cukup. nanti dah berkeluarga, ada anak nanti, tak adalah susah hidup kalau dah ada asas. betullah tu kata atukkan. kalau tengok abah pun, arwah tok wan pun lebih kurang macam atuk. memang ajar betul-betul anak-anak mereka. abah kerja memang tinggi. selalu keluar oversea tapi bila sampai bab solat, itu tak boleh tidak kena selesaikan dulu. aku teringat masa kami sekeluarga pergi bercuti dekat London dulu. masa itu muzium, tak ingat nama dia. bila dah masuk waktu solat, abah kata jom. tapi sebabkan tak ada bilik disediakan, solat saja dekat satu ruang kosong dalam itu. tersedar orang yang lalu lalang berbisik-bisik kata sesuatu.
“Fiz okay?” tanya atuk.
aku agak terkejut dengan pertanyaan yang secara tiba-tiba. “Eh, kenapa atuk? ada yang tak okay ke? Fiz biasa saja ni.”
atuk diam sebentar seakan-akan mencari ayat, “bukan apa. saja tanya. dah lama Fiz dekat sini. mana tahu kalau-kalau dah menyirap badan tu kebosanan.” atuk ni kadang-kadang kelakar juga percakapan dia. tak serupa umur. aku sekadar tersenyum. “Aliya macamana?”
bila atuk tanya pasal Aliya, aku teringat perbualan singkat kami tengahari minggu lepas dekat bawah pokok itu. bila fikirkan apa Aliya cakap, ada betulnya juga. atuk dengan nenek dah berumur. dapat lagi Aliya dah anggap mereka macam ibu dan bapa sendiri. lagilah keberatan nak tinggalkan. sedangkan aku pun macam terasa berat hati nak pergi UK awal tahun depan nanti. “biasa saja kot atuk. tak ada apa pun. tengok gaya pun macam gembira saja.”
kami tiba di jambatan masuk ke rumah. kelihatan nenek sedang duduk di meja luar atas balkoni rumah. Aliya pun ada sama tadi dari jauh. dia baru saja masuk ke dalam. aku melajukan sedikit pergerakan melihatkan teh dan keropok lekor panas yang nenek hidangkan atas meja kecil.
“baguslah tu Fiz,” aku menoleh ke arah atuk bila terdengar perlahan suaranya.
..to be continue.

No comments yet