CTT EP01

angin pada tengahari itu bertiup seakan-akan sepoi-sepoi bahasa. nyaman. buatkan insan-insan pemalas seperti aku mudah untuk terlena di buai mimpi indah mainan syaitan. aku melepakkan diri seorang diri di atas pondok hasil dari sisa-sisa lebihan reban ayam atuk. elok saja pondok ni di bawah pokok rambutan. kalau tengahari panas terik pun, tak berapa nak terasa sangat. dapat lagi dengan sawah padi yang menguning sebagai permandangan.

atuk ada dekat kebun lagi waktu-waktu begini. nanti sebelum masuk zuhur dia pulanglah. nenek pula baru sahaja selesai memasak. tengah baring dekat ruang tamulah agaknya tu. apalah agaknya lauk hari ini kan. semalam, nenek masak ikan patin masak gulai kuning. ala-ala masakan negeri sembilan. nenek memang hebat bab-bab masakan ni. dulu masa zaman emak muda-muda, nenek ada buka kedai makan. cerita emak, boleh tahan jugalah hebat penangan nenek masa itu. sekarang, nenek dah semakin berumur. tenaga pun dah tak sekuat dulu. setakat turunkan ilmu-ilmu sahajalah kepada anak-anak dia. mak pun antara anak murid nenek. tapi, kata nenek, mak bukan tukang masak semulajadi. aku faham maksud nenek. sebab itu selalu, bila mak masak, abah mesti ada sekali. kalau abah tak ada outstation, delivery sajalah mana-mana yang ada.

“wehh, kat sini kau mengelamun kan. bukan main,” muncul Aliya dari belakang lalu menepuk perlahan kepala aku. aku diam saja. malas nak layan dia ni. Aliya ni cucu angkat nenek dengan atuk. kalau tak nak buat anak angkat, tapi fikir balik macam tak sesuai. cucu-cucu atuk dengan nenek semua dah besar panjang. sebaya aku kebanyakkannya. masa atuk dengan nenek nak ambil Aliya jadi cucu angkat mereka, aku baru sahaja sambut harijadi ke-2. abah cerita dulu, masa atuk dengan nenek bincang dengan mak dan abah pasal Aliya, mak jadi tak keruan. yalah, atuk dan nenek nak ambil Aliya jadi anak angkat. masa tu, atuk dah awal 70-an. aku pun tak berapa nak faham kenapa mak macam tu. tapi bila abah cerita, sumpah kelakar habis.

“pak long dengan mak long bila nak balik sini?” tanya Aliya tentang mak dan abah.

“Kenapa?”

“aku dah bosanlah tengok muka kau. tiap-tiap hari muka kau. dah naik minyak dah aku ni,” Aliya memang suka cari pasal dengan aku dan aku pun sama saja. tapi hari ni, mood aku agak baik sikit, jadi aku biarkan saja. melihatkan aku macam tak berapa nak melayan kutukan sinis dia, Aliya baring di sebelah aku. walaupun aku dan Aliya tak ada sebarang pertalian darah, aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. beza umur aku dengan dia pun 2 tahun sahaja. dia sekarang dalam tingkatan 5. SPM tahun ni.

“A level susah tak?” tiba-tiba Aliya mengajukan soalan rambang. aku menoleh ke arah dia. aku sedikit hairan. memang tak pernahlah Aliya nak mengajukan soalan-soalan serius seperti ini. selalunya, mesti ada saja masalah dia nak cari dengan aku. “maksud aku, best ke? best ke dah habis sekolah nanti?”

dari situ, aku tahu apa maksud Aliya. nenek dengan atuk anggap Aliya macam cucu dia sendiri. tapi lebih macam anak sendiri. sebab Aliya tinggal dengan mereka. dan atuk dengan nenek selalu nakkan yang terbaik. macam mak. mak dulu belajar sampai ke US. adik beradik mak semua ke luar negara. samalah macam Aliya, nenek dengan atuk nakkan perkara yang sama untuk dia. tapi, Aliya keberatan. atuk dan nenek dah macam ibu dan ayah dia sendiri. semua makan minum Aliya, mereka tanggung. Aliya takut nanti, bila Aliya tinggalkan mereka untuk sambung belajar, siapa nak jaga atuk dengan nenek.

aku faham apa maksud Aliya. nenek dengan atuk dah berumur.

“you know, they’ve always wanted the best for us,” aku berkata-kata dalam bahasa Inggeris.

“yes you’re right. but,” balas Aliya.

“that is what makes them happy,” aku mencelah. Aliya mematikan ayatnya.

Aliya ni budak pandai. atuk selalu cerita dekat aku bila kami sama-sama pulang dari surau. top 5 student dalam tingkatan dia. bahasa inggeris dengan matematik subjek paling dia suka, kata atuk lagi. english. mana tidaknya. dalam rumah tu, ada cikgu bahasa inggerislah kan. atuk selalu cakap, “nanti bila atuk dengan nenek dah tak ada, Fiz tolong jaga dia ya. macam adik sendiri. boleh?”

bila atuk cakap macam tu, aku cuma boleh angguk saja. sebak dekat dada aku bila fikirkan atuk dengan nenek dah tak ada nanti.

..to be continue.

No comments yet

Leave a Reply