perbualan kosong hari ni sebenarnya dah ter-ada untuk satu tempoh yang agak lama. adalah dalam 2-3 bulan juga kot, mungkin lebih aku pun tak berapa ingat. masa tu, seorang sahabat mengajukan satu soalan yang buatkan aku dan beberapa sahabat lain masa itu terfikir. nak juga aku tulis masa itu pasal perkara tersebut, tapi macam tak cukup isi.
kalau seorang, katalah seorang penagih dadah bagi kau nasihat, jangan hisap dadah contohnya. atau pun apa-apa nasihat about life. would you listen to what he has to said? – sahabat
bukanlah nak diskriminasi penagih atau apa, tapi, well let’s agree to the fact that, berkawan dengan seorang penagih dadah bukanlah sesuatu yang boleh di approve oleh parents dengan senang. senang kena sound adalah.
bila di tanya soalan sebegini. aku cuma dapat menggerakkan soalan itu dalam kepala aku. maksud aku, soalan ini memang terbaik. kalau ada karangan SPM tajuk begini, memang 2 jam aku rasa tak cukuplah.
dan, kalau kita tak berfikir dengan open minded, terus menerus aku rasa kita akan cakap sesuatu seperti, ‘alah, kau tu dahlah hisap dadah, boleh pula nak kasi aku nasihat pasal hidup.’ macam kalau kau tulis blog pasal hukum pakai tudung untuk perempuan, dan bila mana kau sendiri pun bukan yang bertudung, confirm-confirm ada yang memaki hamun kau dekat link comment kecil dekat hujung post bukan?
seriusly, masih susah sebenarnya untuk aku menjawap soalan itu dengan sempurna. well, the fact that i’m just a normal person with a freaking lots of mistakes. apa-apa pun yang bakal aku katakan, bare in mind it’s just a tiny opinions of mine. memang dalam mana-mana buku ilmiah tak ada topik sebegini. it’s all common sense.
jadi, untuk bagi nasihat kita kena jadi ustaz atau ustazah ke?
orang yang betul-betul faham hukum-hakam agama, yang boleh bagi dalil-dalil sahih dan kehidupan sehariannya memang berdasarkan kepada syariat semata-mata.
aku percaya kepada bahawa dalam setiap diri manusia, there’s always truth. we were once born a blank canvas right? no matter how dirty or colourful it has become now, still it’s a blank canvas beneath it right?
mungkinlah bila mana, seseorang itu berkata-kata tidak serupa buat, kita akan melenting tak tentu pasal, memaki hamun segala macam perkara. dan itu, silap mentaliti kau. kita ada akal untuk berfikir. kalau kau rasa apa yang di perkatakan itu betul, kenapa tidak bukan?
why not listen?
seorang penagih tegar berkata, jangan hisap dadah. tidakkah terfikir sedetik dalam akal songsang kita ini yang bahawa, mungkin timbul dekat dasar hati dia untuk berubah? dia tahu kesannya dadah dan dia tahu kesan itu bukanlah bagus mana kalau nak banding dengan nikmat sementara itu.
melainkan kalau kau tidak tahu apa dadah dan kau tidak tahu apa kesannya, bolehlah kau tidak mahu dengar. but we are living in a world without boundaries. segala macam yang kau nak kau boleh tahu sekellip mata.
dalam hati kita tahu apa yang baik dan apa buruk.
cuma bila yang buruk berkata-kata tentang yang baik, kita nampak buruk itu lagi hebat dari yang baik.
maybe if what he says is something we genuinely know it’s good, so why not listen? betul tak?
betullah jawapan itu. betul susah untuk mendapat nasihat atau teguran dari seseorang yang memang kita tahu kehidupan sehariannya tak cukup bagus. even when your parents tell you not to, you will be eager to rebel. betul? but at the end of the day, we eventually know that what they say is right.
cakap memang senang, nak buat susah.
apa yang boleh kau buat, is to just listen first.
no matter how hard it is.
Share on Facebook