Archive | Hari-Hari Kehidupan RSS feed for this section

salam.

7 Sep

sebelum terlambat orang semua dah balik kampung, aku sendiri nanti mungkin. izinkan aku untuk mengucapkan;

Selamat Menyambut AidilFitiri kepada rakan-rakan seperjuangan MI dulu, rakan-rakan satu batch Alpha Jun 2006 bekas budak-budak rumah B3-3A-2 (Farol, Ash, Zuhdi, Abul, Lan, Pak Ngah), kawan-kawan sama futsal, roomate masa beta (aziq, amin & ijam), roomate masa Delta (azri & eiman), soon to be business partner insyaAllah Azri Ahmad (nama kau 2 kali ni haa), Yana Jalal bestfriend terbaik, soon to be husband and wife Lan & Aina, adik aku Fatin dekat Cambridge sana (sorang-sorang ke raya? ahaks!), awak yang dekat London, geng Sipadan Darindra Mahendradata aka Daron, semua lecturer zaman MMU, geng-geng time Alpha (wanie, naza, reena, waniey eng), geng Desa IT Johor (diane, aness, shira, dy, muiz, muin, najib dan ramai lagi) geng sama intern dekat K*Lab (wanie, syifa, mun, lala, awei), colleague dekat K*Lab (kak zila, zuar & P8), the bosses (en. idzuan & bro. hafiz), kak ain + shaqib + aiza + ‘aish, juga kepada semua pengunjung blog tak seberapa ini dan kepada semua yang aku tak dapat nak sebut dekat sini; harap maaf.

semoga lebaran tahun ni penuh bermakna dan Ramadhan kita lebih baik dari tahun lepas. semoga juga kita dapat bertemu kembali dengan tetamu Allah paling agung di tahun hadapan. amiin.

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
dari aku pemilik blog ini, Hidayat Jamalolail

p/s: dapat lagi ke tak duit raya tahun ni?

Share on Facebook

Anything For You.

4 Sep

If there were a single sacred rose
On a mountain top that grows
Where nobody ever dares to go
For you I’d climb that mountain high
I would reach up to the sky
If that rose was your desire

Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
I would do anything
Would do anything
Anything for you

For you, I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love
‘Cos it gives me strength enough

Don’t you
Don’t you
Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

For you I would take on any trial
And I would walk on through the fire
You give me strength enough to face it all
You make me feel invincible

‘Cos I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

These things are nothing to
All the things you do for me
You are my dream come true

A love I never knew you see
I’d take on a mountain high
Just to see you smile for me
You make me want to be
The very best that I can be

I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

untuk agama aku.
untuk keluarga aku.
untuk sahabat aku.
untuk saudara aku.
untuk awak.

Share on Facebook

Pre-Raya Shoot

3 Sep

Jam 12.35 AM.

kurang 7 jam sahaja lagi, aku dah famili akan berangkat ke KLIA. flight Fatin adalah jam 10 pagi. international departure biasanya 2 jam sebelum dah kena ada sana. regulasi biasa. jadi, memandangkan beliau tidak akan beraya bersama di kampung tapi baju raya warna tema tahun ni dah ada, apakah salahnya bukan. awal seminggu+.

warna tema tahun ni; ungu.
*ungu farah lain sikit sebab lambat tempah orang dah tak mahu ambil.

warna tema baru start raya tahun lepas.

Share on Facebook

Aidilfitri.

30 Aug

ahh, 10 malam terakhir ni yang penting, kau dah fikir raya. apakehal?!

weekend lepas merupakan weekend yang aku panggil sebagai pre-raya. kenapa? sebab weekend ini merupakan weekend terakhir untuk adik aku Fatin Nadhirah yang akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat A-Level di CATS Cambridge, UK selama 2 tahun. so sebabkan adik aku ni gila nak fly seminggu sebelum raya, apakah salahnya kalau buat majlis keraian bersama.

kepada adik aku. selamat maju jaya. habislah sorang-sorang dekat sana. 3 hari nanti ni homesicklah tu.

selamat menghabiskan sebaik mungkin 10 terakhir.

Share on Facebook

dah bayar zakat belum?

29 Aug

bila hari itu out of nowhere mak aku tanya, dah bayar zakat belum? aku macam terpijak atas bumi yang lebih nyata. bukanlah apa. bukanlah aku tak sedar yang aku dah bekerja dan kena bayar zakat. hari itu masa terlihat amil-amil dekat masjid dan dekat alamanda yang buka booth, adalah juga terfikir, nanti kena bayar zakat ni.

dan bila mak kau sendiri tanya soalan macam itu, lagilah kan.

zakat dah kena bayar sendiri. lepas ni apa pula? konon cakap tahun depan nak kahwin, dah ready ke? orang tanya dah bayar zakat ke belum pun dah terkesima, ada hati nak kahwin. ceit!

well, bukanlah nak kata aku tak ready. dan zakat fitrah ni dah terfikir dah masa awal-awal Ramadhan dulu. cuma bila orang lain yang jauh lebih dewasa berkata-kata dekat kau, kau akan nampak jalan kehidupan kau lebih jelas. kalau kau dah terbayang sendiri itu sudah cukup bagus dan bila tambah lagi ada orang cakapkan, lagi bertambah jelas.

mungkin bila seseorang tu dah patut matang tapi tak matang-matang lagi, kahwinkan saja. kasi dia kenal sikit apa itu tanggungjawap. kan?

mak.

Share on Facebook

cerita-cerita rakyat 01

24 Aug

bila aku buka blog aku. putih.
betullah putih itu bersih.
tapi bersih pun, bukannya selalu putih, bukan?

hitam, perhaps?

***

beli cempedak goreng pun sedap ni.
bau-bauan ala ala masam manis menusuk tepat dalam hidung.
5 biji 2 ringgit. kasi empat ringgit.

hulurlah RM50. maaf, baru pergi bank keluarkan duit.
baki RM46. merah, hijau dan biru.
ambil satu merah masuk dalam seluar.
maaf dik, tak cukup sepuluh.

ini ke 1Malaysia?

***

anak jiran sebelah dari UK baru pulang untuk raya.
dah masuk 10 malam terakhir.
malam jumaat selalu buat yasin dengan tahlil dekat surau taman.
pergilah kalau tak keberatan.

teruk betul anak jiran tu.
mentang-mentang baru balik UK, tak datang yassin dengan tahlil.
*sambil hisap rokok Marlboro.*

***

abang nak pergi mana tu?
segak berbaju melayu season lepas berkopiah putih dilipat masuk dalam poket baju. kain pelikat cap gajah duduk petak-petak warna biru kelabu asap jadi pilihan hati untuk malam ni. minyak wangi di tabur sedikit ke pergelangan tangan.
hati-hati bang. doakan untuk baby dalam perut ni sekali.

GOALLLLL!!!
Manchester United 3 Fulham 3 (FT).
anne, kasi kira!

***

aku suka tengok dunia. suka tengok manusia. sebab aku rasa, kita punya cerita yang berbeza. dan cerita itu jadikan kita buka mata yang dunia bukanlah seserupa mana.

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook