Archive | Lupa Masuk Kategori RSS feed for this section

peluang keemasan yang kadang-kadang bukan semua orang dapat.

30 Jul

dulu aku pernah cerita dalam post-post sebelum ini pasal opportunities. yang mana aku ada sebut sesuatu pasal sambung pelajaran ke luar negara, etc etc. tapi sesetengah orang memandang menyambung pelajaran sebagai sesuatu yang remeh etc etc. lalu aku mengkaitkan sambung belajar itu bukanlah sekadar belajar semata-mata tapi lebih kepada membuka peluang kepada perkara lain yang lebih besar etc etc.

sepanjang tempoh 2 bulan aku bekerja dengan tempat intern aku ni, bolehlah aku katakan aku dah dapat peluang yang kadang-kadang belum tentu semua fresh grad dapat. oklah, aku tak berapa nak fresh grad sangat sebab belum graduasi lagi. tapi, adalah sikit fresh grad sebab dah habis final year.

dari masuk dalam kilang Nestle (milo dah kit kat), presentation dekat MB Negeri Sembilan, official photographer untuk Cuci The Musical 2 dan juga involve serba sedikit dalam graphic untuk campaign mereka, berpeluang untuk ‘shoot’ keberangkatan Permaisuri Agong mencemar duli menghadirkan diri ke persembahan Cuci The Musical 2 sampailah berjumpa klien dari Star Property selaku wakil dari K*Lab.

kau tahu, seribu tahun pun aku tak pernah nak bermimpi untuk buat semua perkara ini. apatah lagi, untuk aku yang baru ‘fresh grad’ ni untuk involve dengan perkara yang dah cukup besar ini.

kalau ikutkan setengah orang, dah boleh culture shock di buatnya. adalah beberapa orang yang aku kenal yang tak berapa nak cope dengan kehidupan sebegini. siapa yang boleh tahan bukan bekerja dalam satu masa 2-3 projek sekali gus. balik rumah tiap-tiap malam jam 2 pagi. bunyi macam senang. alah, benda biasa. masa sekolah hari tu biasa apa buat assignment sampai pagi-pagi buta. itulah apa yang aku fikir masa mula-mula start intern dulu. tapi, bila dah kena maki, tergedik-gedik menggelabah nak kejar deadline, baru terpijak dekat atas tanah sedar yang assignment and real life is totally a different story.

macam yang bos aku kata, kerja-kerja macam kita ni, kena tebal muka keras hatilah sikit bila kena maki, kutuk, pijak. mistakay pun dulu pernah kata perkara yang sama.

ramai orang yang luar dari industri kita ni, tak berapa nak faham. yalah, berapa kali kau dapat reaksi begini bila kau kata kau graphic designer, dalam advertising, photography. nanti ada kerja ke? gaji berapa? ouh, advertising ke? lagi best, kau dapat reaksi kasar macam, benda yang kau buat ni tak payah pakai otak punlah!

bunyi macam kelakar, tapi betul ada orang pernah cakap macam tu. seriyus gua tak tipu.

dan kalau kau berhati lembut, berapa lama sangatlah kan hati jiwa dan perasaan ni boleh tahan betul?

seriyus kerja yang aku dah buat selama ini, walaupun bunyinya macam hebat, gempak dan sewaktu dengannya, kerja-kerja ni bukanlah semudah yang disangkakan. nak jumpa klien dari Star Property nak goreng pasal company nak dapatkan job besar, ingat senang? atau nak ‘shoot’ Permaisuri Agong, dengan protokol dan segala macamnya.

seriyus, gua goyang sikit ni beb, bak kata Fairil.

apa-apa pun, aku bersyukur sebab dapat peluang yang belum tentu semua boleh dapat. yalah, hari ini rezeki aku. dan harapannya dekat masa depan nanti, aku boleh dapat peluang yang lagi best. dan dalam tempoh 2 bulan pertama ni, seriyus experience yang gila babs ni aku takkan lupa sampai bila-bila. terima kasih dekat bos aku, Encik Idzuan Samad sebab bagi peluang sebegini. walaupun, habuannya takdelah sampai boleh bawa aku pergi holiday dengan London ke. tapi,

macam aku pernah kata, it’s not just about the money. it’s the experiences that really matters. at least for now.

Habis.

p/s: aku tak dapat nak online so aku tulis ni dalam Text Edit saja dulu. ahaks.
p/s/s: akhirnya berjaya curi-curi online dekat IB.

Share on Facebook

jom kawin via Bandar Seri Ehsan

1 Jul

kali ini tempat kejadian ialah di kawasan rumah sebelah pengantin lelaki.

Bandar Seri Ehsan, 27 Jun 2010.

(more…)

Share on Facebook

COMING SOON!

19 Dec

muahahahaha. sneak peek preview. :)

sneak peek

anytime soon after 22nd december. tunggulah kalau anda rajin menunggu.

TQ!

Share on Facebook

playlist.

9 Jun

playlist buat masa ini.

Malique feat Najwa – Kau Yang Punya

Habis.

Share on Facebook

sarapan pagi.

14 Apr

abstrakhari ini, aku berkesempatan melakukan aktiviti pagi yg dah sekian lama tak buat.

tak silap aku, masa masih bergelar ‘budak hostel’ selalulah buat aktiviti ni. bekerja bersengkang mata dari malam hingga ke awal pagi, dalam jam 3.30 pagi, kejut ijam selaku rumet tak berdaftar, pergi sarapan pagi. kalau dia tak bangun, aku paksa sampai bangun.

tapi itu dulu. masa ‘muda-muda’ bila mata dan tubuh fizikal masih mampu untuk berjaga 2-3 hari tanpa tidur bertungkus-lumus siapkan kerja. betul agaknya, main lama duduk dekat MMU, makin tak berselera nak berjaga lama. tengok kawan-kawan yg direct intake, semua masih mampu nak 2-3 hari tak tidur. kali terakhir buat benda gila macam ni masa time Alpha. subjek design fundamental, bila hampir seminggu berjaga tanpa tidur secukupnya.

tapi, itu semua dulu.

 

sekarang dah Gamma. dah nak habis trimester terakhir dah pun. dah nak intern. tak lama lagi FYP, tak lama lagi, graduation day. tengok pakngah syahett siapkan FYP dia tadi, rasa macam masa dah dekat ja. rasanya, mungkin sebab dah hampir hujung-hujung zaman persekolahan dekat MMU, kuasa lama datang kembali. kembali hebat berjaga sampai ke pagi. macam match-match dekat EPL. awal-awal permainan, semua pemain hebat berjuang habis-habisan. dah dekat nak half-time, mulalah semua blunders keluar. lepas half-time, dalam minit ke-60 macam tu, kuasa kehebatan kembali datang. 

dan tadi, terasa kembali zaman itu. Alpha, Beta.

sarapan pagi sekejap. 15 minit setel. yg lama, bila keluar semua cerita-cerita semasa. assignment. new kid in town. gossip-gossip hangat. yg suka, yg tak suka. ramalan cuaca, review match EPL weekend lepas, champions league akan datang. player injured. rumours tranfers terkini. semualah. kalau cukup forum, keluarlah cerita-cerita ini. kalau tak ada, keluar cerita lain. tengok dengan siapa kita bersarapan.

dan tadi, cerita lama dan  baru.

cerita terkini, intern, intern, intern. cerita yg membuatkan, aku berdebar, terkencing, terberi, berpeluh-peluh, inilah dia ceritanya. dan bila keluar cerita ini, keluar pula cerita lama. Alpha, Beta. oh hostel.  bergelak sakan. 

 

Habis – Alpha, Beta, Gamma.

p/s: rabu crit. kalau yg idea belum approve, macamana? -___-”

Share on Facebook

kertas dinding komputer

20 Mar

kertas dinding komputer aku. buat sendirik. sbb dalam kebusanan.

azri tag. nah, hambekk kauu!

wallpaper

sekian, wabillah hittaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh. amiin.

dayat.

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook