{hdj}

Blog sebuah Hidayat Jamalolail. Tulisan dari hati, kononnya. Pengarah seni & fotografer dari Tanah Malaya. Cinta akan alam dan kehidupan untuk mendapat akhirat yang sempurna. Tapi, manusia, sangat jauh dari sehendaknya.

about H+A Studio and me.

cerita sejarah sedikit. setakat mana yang boleh di kongsi sajalah.

H+A Studio terilham pada November 2010. hasil perborakkan atas talian melalu Yahoo Messenger!, H+A Studio di kenali pada awalnya dengan nama yang sangat tidak cool. mungkin kerana zaman itu, it sounded freaking cool. tapi, hanya selepas beberapa bulan, nama itu sudah ketinggalan. fikir punya fikir, initials nama founders is great enough. jadilah H+A Studio.

by the time H+A Studio dengan nama yang tidak cool itu terilham, we weren’t really registered yet. it’s more of a freelance thingy. but instead of using our name, we create a brand. an identity. boleh saja nak pakai Hidayat Jamalolail, but admit it freelancers, moving alone as a freelancers is not easy as it sounds. most big organizations preferred to deal with another organizations.

for the rest of 2010, there wasn’t much of a project really. just few photography jobs here and there. well honestly speaking, we doesn’t even reach 10 projects at that time. i was already working as an Art Director in a local creative studio plus at that time also finishing my last paper for my degree. plus, a few freelance jobs here and there since the company is not doing that well. aku pun ada bill(s) yang perlu dibayar, ok!

dalam penghujung Februari sampai April, a big project; Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. sebagai fotografer rasmi mereka. di sini, aku berfikir sepenuh masaknya. company tempat aku bekerja sekarang, is not doing so well. bukannya berniat jahat untuk lari daripada masalah, tapi, aku pun ada perkara yang perlu aku buat. hanya kerana famili aku famili yang mampu, tak bermakna aku hanya bergantung kepada mereka. kalau ya, buat apa aku bekerja? baik minta saja kerja tempat syarikat famili aku. habis cerita.

tapi itu, tidak berlaku.

after a serious thought, aku mengambil langkah drastik berhenti kerja dan concentrate on H+A Studio. at first, situasi tidaklah begitu baik sampailah masuk ke bulan puasa. masa ini, H+A Studio was already a registered company and we came out with our first company profile. tidaklah sempurna, tapi cukup untuk bermula. dalam masa yang sama juga, since everything is not going so well, aku apply untuk sambung Master di UK.

seriously, i got accepted into one of the top design college there, but..

Syawal. telefon mula berdering sana-sini. even masa puasa pun, TOP requested us to make a proposal for their upcoming CUCI The Musical 3. kiranya macam, pitching for job-lah ni. dan selepas Raya, bila semua orang kembali bekerja, we got the good news. Alhamdulillah. they love our 30-page thick proposal.

jadi masa itu, aku ada 2 dilema. pertama, Master di UK. which was my first thing to do lepas habis Degree. kedua, H+A Studio yang mana dah dapat CUCI The Musical 3 plus few other more yang agak besar juga.

Master di UK terpaksa aku tolak. dengan hati yang sangat berat. but, life moves on.

up until now, we have been involved in (tidak mengikut urutan masa), Solehah TV al-Hijrah, Dikir Zikir TV al-Hijrah, Konsert Awie & Ella, Lawak Ke Der, Cuci The Musical ‘Last Kopek’, Alam by MOHRAM, National Auto Show 2011, Lat Kg Boy Sebuah Muzikal, MMU Convofest’11, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan few other more yang belum boleh dimensikan.

was it a good choice turning down Master in UK?
its a totally different excitement.

tambahan lagi, Kamar terus pulang for good masa bulan puasa.
and we’re getting engage on the 5th February 2012. yeayy!

again, was it a right choice turning down Master in UK?
kerja Tuhan, siapa tahu. rezeki, excitement, happiness ada di mana-mana.

jauh dalam sudut hati, cuma kena yakin.
and always, be grateful. Always.

Wassalam.

{HDJ}

things that i do #2

kali ni, aku bagi sample.

ini bukan official design pun. kalau tengok official, ada persamaan sedikit tapi jauh perbezaannya. well guys, you designers out there, admit it, betul tak yang sebenarnya, the things that we eventually proposed, that they said they love it, will also eventually be edited and re-versionized (such word eh?) and will look ‘..err okaylah ni’, just above acceptable line in our eyes.

dan kadang-kadang, we designers just love to make our own version of things.

betul?
mungkin tidak semua.
tapi, ada.

wassalam.

{HDJ}

p/s: jangan risau, aku memang sengaja kasi dia besar macam tu, terkeluar align.
p/s/s: they is referred to the clients-lah.
p/s/s/s: Harith Iskander caricature made by Marzuki @ Chip.

things that i do.

Konsert Awie & Ella

ramai yang bertanya, what do you do for a living? sebelum aku jawap, ada satu kata-kata yang haritu ada terbaca somewhere. can’t remember exactly who said it but somehow, my brain is extremely confident saying it was Oscar Wilde. correct me if i’m wrong. he said something like this;

“Find a job that you love doing and you never have to work again.”

lebih kurang begitulah kata-katanya. bagi yang tidak mengerti, translasi bahasa adalah, ‘carilah pekerjaan yang kita betul-betul suka, seronok, gembira lakukan dan kita tak akan perlu untuk bekerja lagi seumur hidup.’ somehow, i believe i found it early at this stage of my life. jadi, berbalik kepada soalan awal tadi, what do i do for a living?

paling senang, aku akan pass-kan callcard aku. kalau ada extra lagi company profile (yang mana sekarang dah ‘sold out’) aku akan bagi dan kalau orang bertanya secara atas talian dari sumber-sumber laman sosial yang ada, aku akan samaada minta emel mereka dan emelkan ‘tiruan lembut’ company profile atau asked them politely to check out our website. yang mana pada akhirnya, akan ada juga orang yang akan selepas melalui semua di atas, kembali semula dengan persoalan yang sama. what do you do for a living?

zaman sekarang, kalau orang tulis buku autobiografi pun, people would rather prefer to see that author in person. kisah-kisah hebat true story yang menjadi inspirasi kepada semua. dengar mamat tu cakap lagi syiok. kan?

jadi, jawapan aku adalah seperti berikut. kalau ada fellow readers yang tertanya-tanya. kalau, adalah.

i’m an Art Director. a photographer. a graphic designer. a person who solves problem creatively. a person who offers you, the audience creative input, output and solutions. i do advertising and promotions. i do posters, buntings, banners. i create creative profiles. i make things look better. i make things look how it’s supposed to look and portray itself. i’m son, a brother and soon a husband. i’m also a writer who for now only writes in blog. i design websites but prefer not to code.

guess that answers it? patut letak Photographer & Art Director sajakan? mudah dan padat.

preferably i would consider myself as a photographer first. but, seeing things as it seems now, my pocket money came more from art, designing stuff. well, hopefully someday my first work title will be a photographer.

dan kebiasaannya, soalan susulan adalah seperti, mahsyuk ke?

soalan itu, aku dah jawap awal-awal dengan kata-kata dari Oscar Wilde tadi. kalau aku tidak salah itu kata-kata beliaulah. bukan perkara mudah. susah. perit. getir. onak duri. lautan gelora. ribut petir semuanya ada terkumpul dalam satu. dan dia akan bertambah susah bila nanti dah nak kena sara anak orang pula. sekarang aku sendiri. tak lama lagi, dah berdua. tapi, pintu rezeki, ada dekat mana-mana bukan.

insyaAllah.

so itulah dia kawan-kawan. what i do for a living.

wassalam.

{HDJ}

things i wanna do.

penatlah asyik tulis tentang perkara serius.

kadang-kadang ada juga terfikir untuk menulis perkara-perkara kelakar yang lawak. tapi, berakhir dengan satu penulisan yang samaada sangatlah ‘lame’, kosong tanpa jiwa dan kadang-kadang, boleh jadi terlalu offensive kepada pihak kerajaan. ok, contoh pihak offensive itu sangat random.

dan hari ini, aku berkeputusan. mengapa tidak menulis tentang suatu topik-topik kecil yang sebenarnya adalah perkara-perkara harian yang kita fikirkan. sebagai contoh, anda melihat seorang anak kecil comel makan aiskrim dan terlintas di benak fikiran yang suatu hari nanti, you wanna make cute little babies. sekali lagi, contoh yang sangat random.

dan harini, topik pilihan ialah things i wanna do. most probably before i get old and die. insyaAllah andai umur di panjangkan.

1. Backpack across Europe, the globe, wherever possible – humm, siapa tidak bukan? berdarah muda adventurous kononnya.

2. Bungee jumping, skydiving – sekali lagi, darah muda adventurous kononnya.

3. Scuba diving – which 18% achieved ketika zaman FYP dulu kala.

4. Wrote a book – “Memoirs of {HDJ}” mungkin. kisah seorang art director muda. kahkah!

5. Wrote a book – kali ini, novelis cinta pula. scratch that. diri tak cukup romantik. kurang percaya? sila tanya kama.

6. Wrote a book – on the journey of crossing the world. Photos included.

7. Build a company – achieved!

8. Build an empire of company – long freaking way to go.

9. Di jemput menjadi tetamu Allah sekali lagi – this should be TOP of the list. Rindu yang amat!

10. Travelling with my wife – COMING SOON in 2012, insyaAllah.

11. …

seriously, there’s a bucket of list. tapi malangnya, kebanyakan adalah terlalu personal untuk dikongsi. kalau mahu diri jadi milik rakyat, baik jadi artis saja, kan? unfortunately, i am not. maka setakat itu sahaja perkongsiannya.

humm, something is going right in this country. or is it just another trick-o-treat?

tunggu, lihat, tafsir dan eventually, tindak. andai hati kata, oh sesak!

{HDJ}

masukkan gambar {SINI}

terima kasih untuk kerjasama yang diberikan.
semuga kebenaran terus bertegak di bumi Malaya. eh?
maaflah ter-merepek.

{HDJ}

9 Januari 2012

bukan apa, saja nak ingatkan tarikh hari ini. jangan di lupa, 2012 sudah masuk. bukan lagi tahun lepas, 2011 yang di penuhi pelbagai kisah-kisah yang bahagia mahupun peninggalan sejarah hitam.

sekali lagi, aku bertukar layout blog. layout sebelum ini is so 2011. haha. kali ini lebih mudah, simple, direct to the point dan tak banyak hal-hal yang mengarut. layout biasa-biasa saja. belum tiba masa untuk recreate layout sendiri. bukan tidak mahu, cuma tidak punyai tenaga serta masa yang mencukupi. plus, web-design-coding is pretty much not my bread and butter. (betul ke perumpaan aku ni.)

personal life is taking another step further. mungkin tidak dalam masa terdekat seperti yang di harapkan, but anyhow, it’s a step-lah. untuk h+a studio, we’re also getting another step further. office ‘sementara’ sudah ada. shah alam. oh shoot, i’m repeating the same content as my previous post again.

inilah masalahnya. bila jari-jemari gersang untuk menulis tapi perihalnya akal fikiran tidak berfungsi sebaik mungkin untuk memuntahkan ayat-ayat hebat berserta idea hebat untuk di kongsi sama pembaca setia. urgh, i’m getting old. ok, maybe tidak setua mana, but i’m growing up. so..many..things..is..playing..inside..this..head..and..so..many..things..to..solves.

so, bagaimana Malaysia untuk tahun 2012?

dengar khabarnya, bakal bermula dengan kepincangan dalam sistem keadilan. oh, bukan. sudah bermula dengan tumpahan percikan darah ‘budak-budak sekolah’ yang mahu dapatkan hak mereka. protes jalanan bakal menjadi budaya baru. walaupun amaran keras supaya jangan! bukan cara ‘kita’, katanya. banyak cara lain, sambungnya. cara lain macam tiada guna, buat apa?

well peeps, we all have our differences. we all have our opinions. it’s not about who’s right or wrong. it’s about how you portray your opinions. letting the people, the world hears about what you have to say. konon perjuangkan sesuatu, bertakbir hebat laungan kuat Allahuakbar tapi, ber’ptuii’ ke muka, menghina yang tak se-geng…what the fish? itu pun, dah jelas ada kepincangan.

ingat. yang buat kita hebat, yang turun dari langit untuk kita semua tu. kita ni pun dapat sebab atuk, nenek, moyang kita dah dapat dulu. generasilah perihalnya. walaupun turun ke generasi, bukan untuk kita simpan, diperdinding tembokkan terhalang dari pandangan masyarakat luar. it’s for ALL, bukan?

berubahlah, tolong. sebelum diperubahkan dari atas sana.

Wassalam.

Related Posts with Thumbnails